Thursday, February 19, 2009

Blog Berpindah

Assalamualaikum

Saya menerima banyak permintaan daripada pengunjung blog ini untuk menukar nama blog kerana nama pakar jiwa dianggap tidak sesuai.
Oleh yang demikian, bagi memenuhi permintaan tersebut, saya telah membuat blog baru di alamat berikut

http://drwanrushidi.blogspot.com

blog ini akan berpindah secara rasminya pada hari ini (19/2/2009)

terima kasih di atas sokongan anda semua

Wassalam

Wan Rushidi

Tuesday, January 13, 2009

Ingin Tahu...

Soalan
Assalamualaikum Dr. Wan.......
Saya ingin tahu dan bertanya jika seseorang mengalami tekanan perasaan boleh mengakibatkan badan menjadi lembik seperti lumpuh tetapi deria masih merasa sakit dan segala-galanya
AMT

Jawapan.
Waalaikumsalam. Terima kasih di atas soalan ini.
Secara umum fizikal dan mental kita sangat berkait rapat antara dan saling mempengaruhi antara satu dengan yang lain. Tekanan mental atau gangguan jiwa boleh mengakibatkan simptom fizikal – sesuatu yang lebih dikenali sebagai psikosomatik.
Ini boleh dimanifestasikan dalam pelbagai gejala / simptom contohnya sakit kepala (contohnya- tension headache / migraine), sakit perut (contohnya - gastritis) , angin atau kembung perut (contohnya -irritable bowel syndrome) dan sebagainya.
Ada juga yang boleh menyebabkan seseorang itu lumpuh, lembik, pekak, buta dan sebagainya walaupun ujian tidak menunjukkan sebarang kecacatan atau kecederaan kepada anggota atau deria terbabit. Namun kebanyakannya tidak menunjukkan ciri-ciri yang lazim dialami seperti orang yang lumpuh, lembik , pekak, buta dan lain-lain akibat daripada penyakit fizikal biasa. Coraknya mungkin berbeza , luar biasa dan kadang-kadang tidak seiring atau berpadanan dengan apa yang dijangkakan . Maka terjadilah apa yang sering dipanggil sakit ganjil dalam masyarakat kita hingga menyebabkan bomoh menjadi pusat mendapatkan rawatan dan pertolongan.
Secara umumnya penyakit begini boleh dirawat dengan mudah sekiranya dibawa berjumpa pakar atau doktor yang berkelayakan. Bentuk rawatan ialah ubat-ubatan dan psikoterapi/kaunseling.

Tuesday, January 6, 2009

takut makan ubat jiwa?

izinkan saya bercerita mengenai seorang pesakit wanita (berumur 27 tahun) yang telah mengalami masalah gangguan jiwa sejak berumur 19 tahun. beliau pernah mengambil ubat daripada hospital pulau pinang sehinggalah beliau berkahwin pada umur 25 tahun.
suami beliau, seorang yang lebih cenderung kepada rawatan alternatif telah meminta beliau berhenti mengambil ubat dengan alasan tidak mahu terikat dengan ubat. pada pandangan si suami, makan ubat membawa kesan buruk . lebih baik berubat cara agama dan batin daripada mengambil ubat jiwa...
walaupun pada mulanya tidak ada apa yang terjadi, namun setelah melahirkan anak yang pertama 9 bulan yang lalu, pesakit mula tanda-tanda relaps ( penyakit terjadi semula) iaitu bercakap seorang diri, 'paranoid' kepada suami (mempunyai kepercayaan yang salah /prasangka) , mendengar suara ghaib dan sebagainya. pesakit tidak lagi mempedulikan anak dan suami, memaki hamun , tidak menutup aurat dan sebagainya.
barulah si suami kini menyesal. mahu mengambil ubat semula kerana semua ubat kebatinan, tradisional tidak lagi berkesan atau boleh mengawal pesakit.
ini merupakan perkara biasa dalam masyarakat kita. lebih suka mempercayai bomoh, pakar perubatan tradisional dan sebagainya untuk mendapatkan rawatan padahal penyakit seperti ini agak mudah untuk dikawal sekiranya mereka datang lebih awal. ia boleh diubati dan dirawat. ia bukan penyakit disampuk hantu atau syaitan. yang pentingnya datang untuk mendapat rawatan awal bagi mengelak ia berlaku semula.
rawatan perubatan telah terbukti berkesan; namun semua daripada kita lebih suka membuang duit mencari bomoh. bila tidak boleh dikawal, barulah datang merayu kepada pakar.....
takut makan ubat , takut ketagih , takut makan banyak dan lain-lain adalah alasan yang paling kerap diberi. tidak termasuk buatan orang, meroyan dan sebagainya.
sampai bila kita semua harus begini?

Thursday, January 1, 2009

Selamat Menyambut Maal HIjrah 1430 & Tahun Baru 2009

saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut maal hijrah 1430 dan selamat tahun baru 2009 kepada semua tidak kira di mana sahaja anda berada. semoga kedatangan tahun baru ini akan membawa keberkatan dan rahmat hendaknya, Insya Allah.

Sunday, December 21, 2008

ujian kecerdasan minda di kmc

sepanjang cuti sekolah ini, saya menerima banyak permintaan dan pertanyaan mengenai ujian kecerdasan minda atau iq test yang dijalankan di kmc.
secara umumnya , ujian ini dijalankan ke atas kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke atas terutama mereka yang mengalami masalah
1. kesukaran untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran
2. perkembangan yang lambat
3. masalah pertuturan atau lambat bercakap
4. pencapaian yang lemah walau pun telah puas berusaha
dan lain-lain.
apa yang penting ialah untuk menentukan masalah yang mereka alami adalah bersifat global atau specifik. ertinya adakah kanak-kanak ini lemah secara keseluruhan atau hanya pada masalah tertentu sahaja - seperti masalah bahasa / pertuturan.
kita juga harus menentukan sama ada kanak-kanak tersebut sihat dari segi fizikal khususnya pendengaran dan penglihatan.
ujian kecerdasan minda juga dapat membantu menentukan ke arah bentuk rawatan yang perlu diberikan.
sila hubungi saya jika terdapat lain-lain kemusykilan
terima kasih.

Wednesday, December 10, 2008

pengerusi jawatankuasa pendidikan perubatan di kmc

hari ini cukup bersejarah buat saya kerana telah dilantik menjadi pengerusi jawatankuasa pendidikan perubatan di kmc. terima kasih yang tidak terhingga kepada pengarah perubatan kmc iaitu dr ismail di atas kepercayaan yang telah diberikan. insya Allah, saya akan berusaha untuk menjalankan amanah yang diberikan itu dengan sebaik mungkin.

Monday, December 8, 2008

Perancangan 2009

sekali lagi saya memohon maaf kerana telah lama tidak mengemaskini blog ini. mungkin kerana terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti lain.
namun saya berharap sekarang perancangan masa boleh diperbaiki. semua orang ada 24 jam dalam sehari. cuma cara kita menggunakannya akan menentukan sejauh manakah keberkesanan dan keberkatan hidup kita.
untuk tahun 2009, saya telah mula merancang beberapa perubahan dalam memberikan khidmat kepada pesakit dan klien saya. maklumat pendidikan melalui blog ini akan dimulakan kembali secepat mungkin. manakala ceramah kesihatan akan bermula january 2009.
sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya dengan menggunakan sms atau e-mail seperti yang tertera dalam blog ini.

terima kasih.

wassalam

profil peribadi

tempat lahir : kampung telok kechai, jalan kuala kedah , alor star kedah
tarikh lahir : 6 jun 1968.
sudah beristeri - anak 3 orang (1 lelaki , 2 perempuan)
pendidikan
sekolah rendah : sekolah kebangsaan sri amar diraja (1975) ; sekolah rendah iskandar, alor star, kedah (1975 - 1980)
sekolah menengah : maktab mahmud, alor star, kedah (1981-1983) ; kolej sultan abdul hamid, alor star, kedah (1984-1985); a-levels : abingdon school, oxford, england (1986-1988)
ijazah doktor perubatan : university college & middlesex school of medicine, london, england (1994)
ijazah sarjana kepakaran perubatan psikiatri : universiti sains malaysia (2000)
ijazah doktor falsafah - psikologi: universiti utara malaysia (2005)
pengalaman kerja
1. hospital alor star , kedah (1994 - 1995)
2.hospital kulim, kedah (1995 - 1996)
3. hospital universiti sains malaysia, kelantan (1996 - 2005)
4. kedah medical centre (2005 hingga sekarang)
jawatan lain
1. pengerusi tabika kemas kampung telok layang, jalan kuala kedah, alor star, kedah
2. pakar pelawat, program rawatan terapi gantian anjuran agensi anti dadah kebangsaan, kampung selamat, tasek gelugor, pulau pinang.

Vicerex
Vicerex