Friday, July 4, 2008

ceramah stres

kebelakangan ini saya banyak menerima permintaan untuk memberi ceramah mengenai stres dan kesihatan mental . oleh kerana masa yang terhad, saya terpaksa memberi keutamaan mengikut giliran.
bukannya tak sudi , tetapi saya perlu memenuhi tanggungjawab saya di kmc. kalau asyik bagi ceramah sahaja, nanti pesakit marah pula sebab tak dapat jumpa. so kena bijak bahagi masa.
berikut adalah jadual ceramah yang akan datang.
1. ceramah rtm (pukul 9.30 pagi rabu) - radio malaysia kedah - 09/07/2008
2. ceramah stres - untuk kakitangan sekolah menengah lubuk merbau - 19/07/2008 - di kmc (8.30 pagi)
3. ceramah 'stress at work' - anjuran pertubuhan kebajikan & sukan jkkp malaysia kedah/perlis di kelab cinta sayang golf and country resort, sungai petani - 26/07/2008 (2.00 petang)
4. ceramah stres - untuk kakitangan sekolah menengah pokok sena (09/08/2008 ) - 8.30 pagi di kmc
sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini sila e-melkan permintaan anda kepada saya atau sms ke 019-5962494.

3 comments:

  1. Dr Wan,
    I don't think we ve met.but its nice to know someone who can fix our brains!
    I was in KSAH in 86, in lower six.I was there i think only for about 2 months.Thanks to Serena and Rifdi we re now are back in the KSAH loop.
    Tahun ni Sultan dah memerintah 50 tahun KMC takdak ka buat apa-apa?
    Anyway i still go back to Aor 3 to 4 times a year.Taking my kids to see our school is the highlight of our trip..I'm also ex convent.I'm Sharifah Nur azian's classmate.
    Ok for now.Keep blogging.
    Maybe next trip we can organise a get together in Aor with all .

    ReplyDelete
  2. terima kasih.
    Insya Allah,untuk 50 tahun pemerintahan Sultan Kedah dan 100 tahun KSAH - banyak events yang telah diatur. semua dijemput hadir.
    kami yang disini sentiasa mengalu-alukan kedatangan semua. kalau tak sempat, boleh datang perjumpaan tahunan sahoca lepas hari raya puasa.

    ReplyDelete
  3. Yes you shouldn't do too much ceramah. waiting time at KMC can sometimes kills. The term "Pakar Jiwa" somehow makes me feel "mental". Hope to see more of your postings soon Dr Wan.

    ReplyDelete

profil peribadi

tempat lahir : kampung telok kechai, jalan kuala kedah , alor star kedah
tarikh lahir : 6 jun 1968.
sudah beristeri - anak 3 orang (1 lelaki , 2 perempuan)
pendidikan
sekolah rendah : sekolah kebangsaan sri amar diraja (1975) ; sekolah rendah iskandar, alor star, kedah (1975 - 1980)
sekolah menengah : maktab mahmud, alor star, kedah (1981-1983) ; kolej sultan abdul hamid, alor star, kedah (1984-1985); a-levels : abingdon school, oxford, england (1986-1988)
ijazah doktor perubatan : university college & middlesex school of medicine, london, england (1994)
ijazah sarjana kepakaran perubatan psikiatri : universiti sains malaysia (2000)
ijazah doktor falsafah - psikologi: universiti utara malaysia (2005)
pengalaman kerja
1. hospital alor star , kedah (1994 - 1995)
2.hospital kulim, kedah (1995 - 1996)
3. hospital universiti sains malaysia, kelantan (1996 - 2005)
4. kedah medical centre (2005 hingga sekarang)
jawatan lain
1. pengerusi tabika kemas kampung telok layang, jalan kuala kedah, alor star, kedah
2. pakar pelawat, program rawatan terapi gantian anjuran agensi anti dadah kebangsaan, kampung selamat, tasek gelugor, pulau pinang.

Vicerex
Vicerex